Bebas Hutang (Debt Free)

clear your debts…and make money working for you

Kadar faedah Kad Kredit rendah jika bayar ikut jadual

<Get latest and more info about financial at www.bebas-hutang.com>

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Beberapa bank sedang mempertimbangkan untuk mengenakan caj pembiayaan atau kadar faedah yang lebih rendah daripada 15 peratus setahun sekarang bagi pengguna kad kredit…………..

………Mulai 1 Julai tahun ini, caj pembiayaan ke atas transaksi kad kredit dikurangkan kepada 15 peratus daripada 18 peratus setahun bagi pengguna yang melunaskan baki bulanan dengan segera selama 12 bulan berturut-turut.

Ini adalah mekanisme di bawah struktur harga bertahap yang diperkenalkan oleh BNM pada 26 Jun tahun lepas.

Caj tahap kedua ialah 17 peratus, apabila pengguna membayar tepat masa selama 10 bulan daripada 12 bulan.

Di bawah tahap ketiga, caj 18 peratus dikenakan ke atas pengguna kad kredit yang kerap gagal membuat pembayaran tepat masa.

Gan berkata penjimatan daripada caj pembiayaan itu adalah lebih daripada pembayaran balik tanpa faedah selama 20 hari, yang telah dihapuskan.

“Caj pembiayaan sebanyak 15 peratus itu juga dianggap lebih rendah berbanding pasaran serantau yang mengenakan purata 20 hingga 34 peratus.

“Struktur harga bertahap ini juga diperkenalkan bagi membantu bank menguruskan pinjaman tak berbayar daripada kad kredit,” jelasnya.

Apa faedah kepada pengguna kad kredit? Jawapannya senang sahaja, TAKDE FAEDAH. Tujuan pihak bank adalah supaya mereka boleh collect duit dari korang…dan korang pun akan lebih menggunakannya sebab rasa faedah dah rendah.

Kat bawah ni aku dh buat kira2 secara kasar beza antara 18% setahun dgn 15% setahun. Katakan korang ada 5k baki hutang dgn kad kredit, pembayaran minumim bulanan adalah 5% dari baki atau minimum RM50. Katakan bila pembayaran minimum korang dh kurang dari RM200, korang tetap bayar RM200. Berapa korang dapat jimat?….dalam masa 2 1/2 tahun, korang hanya jimat RM250. Ini ke yang korang nak?…ciput tu bro.

So kesimpulan, settlekan terus semua dan potong aje kad kredit korang.

July 14, 2008 Posted by | Kad Kredit | , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

2 Jenis Hutang

<Get latest and more info about financial at www.bebas-hutang.com>

2 jenis hutang tu adalah Hutang Tertangung dan Hutang Lapuk.
Hutang Tertanggung:
Hutang yang diambil untuk membiayai aset yang bertambah nilainya, seperti harta tanah dan pendidikan.

Hutang Lapuk:
Hutang yang diambil untuk membeli barang yang tidak akan bertambah nilainya atau yang akan susut nilainya. Ini adalah benda-benda yang dibeli secara sewa beli seperti kereta, peralatan elektrik dan perabot.?

Jadi sekarang cuba imbas, hutang yang mana banyak bagi anda. Apa tunggu lagi…mari kita selesaikan semua Hutang Lapuk…tarak untung!!

July 12, 2008 Posted by | Hutang | , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment