Bebas Hutang (Debt Free)

clear your debts…and make money working for you

Kadar faedah Kad Kredit rendah jika bayar ikut jadual

<Get latest and more info about financial at www.bebas-hutang.com>

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Beberapa bank sedang mempertimbangkan untuk mengenakan caj pembiayaan atau kadar faedah yang lebih rendah daripada 15 peratus setahun sekarang bagi pengguna kad kredit…………..

………Mulai 1 Julai tahun ini, caj pembiayaan ke atas transaksi kad kredit dikurangkan kepada 15 peratus daripada 18 peratus setahun bagi pengguna yang melunaskan baki bulanan dengan segera selama 12 bulan berturut-turut.

Ini adalah mekanisme di bawah struktur harga bertahap yang diperkenalkan oleh BNM pada 26 Jun tahun lepas.

Caj tahap kedua ialah 17 peratus, apabila pengguna membayar tepat masa selama 10 bulan daripada 12 bulan.

Di bawah tahap ketiga, caj 18 peratus dikenakan ke atas pengguna kad kredit yang kerap gagal membuat pembayaran tepat masa.

Gan berkata penjimatan daripada caj pembiayaan itu adalah lebih daripada pembayaran balik tanpa faedah selama 20 hari, yang telah dihapuskan.

“Caj pembiayaan sebanyak 15 peratus itu juga dianggap lebih rendah berbanding pasaran serantau yang mengenakan purata 20 hingga 34 peratus.

“Struktur harga bertahap ini juga diperkenalkan bagi membantu bank menguruskan pinjaman tak berbayar daripada kad kredit,” jelasnya.

Apa faedah kepada pengguna kad kredit? Jawapannya senang sahaja, TAKDE FAEDAH. Tujuan pihak bank adalah supaya mereka boleh collect duit dari korang…dan korang pun akan lebih menggunakannya sebab rasa faedah dah rendah.

Kat bawah ni aku dh buat kira2 secara kasar beza antara 18% setahun dgn 15% setahun. Katakan korang ada 5k baki hutang dgn kad kredit, pembayaran minumim bulanan adalah 5% dari baki atau minimum RM50. Katakan bila pembayaran minimum korang dh kurang dari RM200, korang tetap bayar RM200. Berapa korang dapat jimat?….dalam masa 2 1/2 tahun, korang hanya jimat RM250. Ini ke yang korang nak?…ciput tu bro.

So kesimpulan, settlekan terus semua dan potong aje kad kredit korang.

July 14, 2008 - Posted by | Kad Kredit | , , , , , , , , , , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: